Sunday, September 1, 2013

Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Semoga kita dapat menghayatinya dengan erti kata yang sebenarnya. Insyaallah. Ikhlas dari Unit ICT SKDKP.

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk semua warga SKDKP. Maaf zahir batin dari kami di Unit ICT SKDKP. Semoga berbahagia di Hari Raya.

Bubur Lambuk


Sunday, June 9, 2013

Tahniah buat Cikgu Zaharah

Tahiniah buat Mak Jarah diatas kejayaannya menggenggam segulung ijazah setelah berhempas pulas menimba ilmu selama 4 tahun.. Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada warga pendidik SKDKP dan generasi keluarga untuk lebih cemerlang dimasa hadapan. Pastinya kejayaan tidak datang bergolek begitu mudah tapi segala pengorbanan yang dicurah akan mendatangkan hasil. Buat guru-guru SKDKP yang sedang menimba ilmu, teruskan perjuangan. Insyaallah kejayaan akan menyusul kemudian. Sekali lagi tahniah buat Mak Jarah dari kami di Unit ICT SKDKP. OTAI MASIH BERBISA!!!!!!!!!!!

Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2013

Aksi peringkat kumpulan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Aksi peringkat Separuh Akhir di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Upacara Penutup di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.

Guru Besar mengkalungkan pingat kepada para pemain. 
Tempat Ke-4 Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2013.


Tempat  : Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah
Tarikh    : 26/2/2013 - 1/3/2013 (Rabu-Jumaat)

Peringkat Kumpulan
SKDKP (40) - SK Dangi (15)
SKDKP (31) - SK Pelangai (24)
SKDKP (10) - SK Lavender Height (20)
SKDKP (39) - SK Senawang (7)

Peringkat Suku Akhir
SKDKP (20) - SK Teluk Kemang (19)

Peringkat Separuh Akhir
SKDKP (17) - SK Undang Johol (49)

Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat
SKDKP (27) - SK Lavender Height (40)

     Pada 26/2/2013 hingga 1/3/2013 telah berlangsung Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. SKDKP telah menghantar pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain. SKDKP telah diletakkan dalam Kumpulan  D bersama pengelola kejohanan SK Dangi, Juara Sirkit Bawah 11 Tahun 2012 SK Lavender Height, Tempat Ke-4 Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2012 SK Senawang dan pasukan yang sedang meningkat naik SK Pelangai. 
    Alhamdulillah, SKDKP telah melepasi peringkat kumpulan sebagai Naib Juara kumpulan dibelakang SK Lavender Height. Walaubagaimanapun, SKDKP telah menerima tentangan yang sengit daripada SK Pelangai untuk merebut slot ke Suku Akhir. Namun, semangat juang tinggi yang telah ditunjukkan oleh pemain SKDKP telah melayakkan SKDKP untuk ke Suku Akhir menentang Juara Kumpulan C, SK Teluk Kemang pada 28/2/2013. Sejarah tercipta apabila SKDKP berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir apabila menewaskan SK Teluk Kemang dengan mata 20 - 19. Walaupun ketinggalan 10 - 19 pada mulanya, berkat usaha dan semangat juang tinggi para pemain telah membuahkan hasil apabila melakukan 2 kali jaringan   berturut-turut yang membawa 10 mata di akhir babak permainan. 
    Pada sebelah petangnya pula, SKDKP menentang SK Undang Johol yang merupakan Juara bertahan untuk kejohanan ini. Faktor keletihan, kecederaan dan kurang pengalaman beraksi di peringkat ini antara punca SKDKP tewas dengan mata 17 - 49. Pada 1/3/2013 SKDKP turun sekali lagi menentang SK Lavender Height untuk perebutan tempat ketiga. Walaupun tewas seterusnya menduduki tempat keempat, para pemain SKDKP telah membuktikan bahawa mereka mampu memberikan tentangan dan tidak gentar kepada pasukan yang lebih baik daripada mereka. 
     Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Majlis Penutupan di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Alhamdulillah, seorang pemain daripada SKDKP iaitu Mohd Iqmal Bin Masdi telah terpilih mewakili Negeri Sembilan untuk Kejohanan Ragbi MSSM 2013 (Kebangsaan) yang akan berlangsung di Perak pada 25/3/2013 - 29/3/2013. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada warga SKDKP serta ibu bapa kerana telah memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan Ragbi SKDKP 2013. Semoga tahun-tahun yang  mendatang akan lebih gemilang untuk sukan Ragbi SKDKP.  

Monday, January 28, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013M/1434H Peringkat Sekolah




Rumah Biru dan Rumah Kuning

Rumah Hijau dan Rumah Merah

Tarikh : 31 Janurari 2013
Hari    : Khamis
Masa  : 7.30 Pagi

       Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" telah berlangsung di SK Dato' Klana Putra, Lenggeng. Aturcara program dimulakan dengan taklimat oleh Ustaz Jeefrey bin Isnin diikuti dengan sesi tazkirah ringkas oleh Ustaz Azman bin Baharom. Sejurus selepas itu, program terakhir iaitu perarakan sambil berselawat berlangsung sehingga jam 8.45 pagi. Majlis sambutan pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama semua guru-guru dan murid-murid. Ini kerana, sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut, guru-guru bagi setiap rumah sukan telah bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk untuk diarak semasa perarakan pada keesokan harinya. Hasil kreativiti sentuhan seni guru-guru dibantu oleh murid-murid telah menghasilkan sepanduk yang unik serta menampilkan kelainan bagi setiap rumah sukan. Setiap rumah mempunyai kelebihan masing-masing dari segi sepanduk serta kekemasan pasukan semasa berarak. Para hakim pasti sukar untuk menentukan pemenang. Walaubagaimanapun keputusannya, objektif yang paling penting ialah dapat memupuk sifat cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan berselawat ketika berarak. Diharapkan dengan majlis ini, dapat terus menyedarkan kita betapa pentingnya kita untuk memupuk rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan melaksanakan segala sunnahnya agar kita mendapat syafaat di hari Akhirat.

Saturday, January 19, 2013

Gotong-royong Perdana 2013




      Pada hari Sabtu, 19 Januari 2013, jam 8.00 pagi telah berlangsung Gotong-royong Perdana 2013. Program ini telah dihadiri oleh guru-guru, sebilangan murid-murid dan ibu bapa serta penjaga. Sebelum bermulanya program ini, murid-murid telah dibahagikan tugas mengikut guru masing-masing. Antara tugas-tugas yang dijalankan untuk Gotong-royong Perdana pada kali ini ialah mengecat kawasan sekolah, mengindahkan taman herba serta pondok bacaan, menceriakan laluan berbumbung dengan bahan-bahan ilmiah dan menyimen kawasan berbatu di hadapan kelas Pendidikan Khas. "Ringan Sama Dipikul, Berat Sama Dijinjing", berkat kerjasama guru-guru, murid-murid dan ibu bapa serta penjaga, semua tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya. Di samping itu, program ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat supaya lebih saling kenal-mengenali dan bertegur-sapa antara satu sama lain. Melalui program ini, sokongan pihak luar dapat ditingkatkan lagi melalui aktiviti kemasyarakatan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.  

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan 2013




       Pada hari Rabu, 16 Januari 2013, jam 2.30 petang, Majlis Penyerahan Wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah berlangsung di Dewan SK Dato' Klana Putra, Lenggeng. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB ADUN Lenggeng, YB. Tuan Mustafa bin Salim. Wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini bernilai RM 100 untuk seorang anak yang bersekolah dari tahun 1 hingga tahun 6 termasuklah murid-murid di Pendidikan Khas. Sebagai simbolik kepada penyerahan BR1M kepada ibu bapa murid-murid, seramai 20 orang ibu bapa serta penjaga menerima Wang BR1M yang disampaikan sendiri oleh YB. Tuan Mustafa bin Salim. Selepas itu, sesi penyerahan Wang BR1M melalui kaunter-kaunter yang telah dibuka mengikut kelas murid-murid bermula dari Pendidikan Khas, tahun 1 hingga tahun 6. Majlis ini telah berakhir pada jam 4.00 petang. Diharapkan dengan bantuan ini, dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam menyediakan kemudahan persekolahan anak-anak mereka. 

Perjumpaan 3 Penjuru Tahun 6




     Pada 11 Januari 2013 bersamaan hari Jumaat, jam 9.30 pagi telah berlangsung perjumpaan ibu bapa tahun 6 bersama guru-guru tahun 6. Tujuan majlis ini ialah untuk memperkenalkan guru-guru tahun 6 kepada ibu bapa murid-murid tahun 6 serta berbincang berkenaan program-program yang sesuai untuk murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi UPSR. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG SK Dato' Klana Putra, En. Khairul Azmi yang telah memberikan pandangan terhadap program yang telah dirancang oleh sekolah terhadap murid-murid tahun 6. Sebelum sesi mengisi borang Aku Janji oleh murid-murid tahun 6 di hadapan guru-guru tahun 6 dan disaksikan oleh ibu bapa mereka, satu slot motivasi telah diadakan selama 1 jam yang disampaikan oleh Haji Mohammad Ali bin Hj. Dahlan yang merupakan suami kepada Guru Penolong Kanan 1, Pn. Zahariah  bt Abd. Kadir. Kata-kata semangat dari beliau nyata menyemarakkan semangat murid-murid 6 dalam menhadapi hari penting sebelum UPSR. Majlis ini telah berakhir pada jam 12.10 tengah hari. 

Friday, January 18, 2013

Wednesday, November 21, 2012

Tahniah kepada yang berjaya

Tahniah kepada adik Nurul Fazira kerana memperolehi 5A dan kepada 4 orang pelajar lagi yang berjaya memperolehi 4A 1B. Kepada yang kurang berjaya, masih ada ruang lagi untuk memperbaikinya kerana perjalanan untuk menimba ilmu masih jauh. Gagal atau kurang menyerlah pada UPSR kali ini bukan  penghalang untuk terus  berjaya di masa hadapan, tetapi jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk terus berjaya dan memperbaiki diri. Kepada warga pendidik Tahun 6 2012, janganlah berputus asa tetapi jadikanlah ini satu cabaran untuk kita terus bekerja sebagai satu pasukan menghasilkan pelajar yang berpendidikan dan bersahsiah tinggi. Insyaalah SKDKP akan bangkit semula pada UPSR 2013 dengan gandingan guru-guru baru yang lebih mantap dan berkaliber dibandingkan tahun sebelumnya. Sesungguhnya kita belajar dari kelemahan dan kesilapan yang lalu. Terimakasih warga pendidik SKDKP Tahun 6 2012.

Sunday, November 11, 2012

Selamat Tinggal SKDKP

Berakhir sudah sessi persekolahan peringkat rendah bagi pelajar Tahun 6 2012 SKDKP. Pastinya banyak kenangan manis yang terpahat di hati mereka.Terimakasih diucapkan kepada semua guru yang telah mendidik mereka sejak berumur 7 tahun lagi sehinggalah ke saat ini. Insyaallah, keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 19hb November ini. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Wednesday, November 7, 2012

HARI KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 6 2012
















Kehadiran YB Tuan Mustafa Salim telah memeriahkan lagi majlis Hari Kecemerlangan dan Graduasi murid Pra Sekolah dan pelajar Tahun 6 yang diadakan pada 6hb November yang lalu.. Terimakasih kepada YDP, NYDP PIBG serta barisan guru-guru yang sebulat hati bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Semoga semangat bekerjasama yang telah lama terjalin ini akan diteruskan dimasa hadapan.Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima anugerah, pada yang kurang menyerlah masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri.








Majlis Qurban Peringkat Sekolah





Bertarikh 5hb November 2012, sekolah telah mengadakan majlis qurban peringkat sekolah, Terimakasih diucapkan kepada semua warga skdkp dan AJK PIBG yang turut bersama menjayakan majlis tersebut. Moga ibadah qurban kita diterima Allah. Insyaallah.

Saturday, October 27, 2012

Salam Aidil Adha 1433H

Salam Aidil Adha 1433H buat semua warga SKDKP dan umat Islam. Semoga ibadah Qurban yang dijalankan diterima dan dirahmati Allah. Insyaallah.

Wednesday, October 17, 2012

Wednesday, September 19, 2012

SSQS 2012


Bertarikh 18 dan 19hb September 2012 yang lepas sekolah dikunjungi oleh 2 orang Jemaah Nazir Persekutuan dari Putrajaya bersama pegawai dari BTPNS dan PKG Mantin bertujuan untuk menjalankan Pemantauan Pemverikasian PKS SSQS 2012. Ini adalah susulan dari Anugerah 5 Bintang yang diterima oleh pihak sekolah untuk SSQS 2011. Terimakasih diucapkan kepada Cik Aisyah dan Encik Veera selaku jemaah nazir diatas pembentangan dapatan kekuatan dan kekurangan perlaksanaan SSQS di SKDKP mengenai pembudayaan pengunaan ICT di sekolah. Unit ICT SKDKP mengucapkan terimakasih kepada semua warga guru SKDKP diatas kerjasama sebagai responden SSQS 2012. Semoga pembudayaan ICT dapat dilaksanakan dengan cemerlangnya di SKDKP. Insyaallah.